Saturday 13 December 2014

Tidak Sedar Syirik Dalam Doa

Tidak Sedar Syirik Dalam Doa |



Antara keistimewaan Islam ialah ALLAH Azza wa Jalla menyediakan ruang secara langsung untuk sesiapa sahaja berhubung, memohon, merayu, merintih, meminta dan berdoa mengikut keperluan masing-masing. Sama ada pemimpin atau rakyat biasa, miskin atau kaya, tua atau muda, orang awam atau orang agama, tidak kira latar bangsa dan kedudukannya, di mana sahaja dia berada, kutub selatan atau utara; semua diberikan ruang dan peluang yang sama.


Berdoa terus kepada ALLAH


Mintalah kerana ALLAH itu Maha Mendengar. Pohonlah kerana ALLAH itu Maha Memakbulkan. Istighfarlah kerana ALLAH itu Maha Pengampun. Malam atau siang, pagi atau petang, di masjid atau di padang, sambil berdiri atau baring melintang, ALLAH tetap mendengar apa yang kita minta. ALLAH itu sangat dekat dengan hamba-Nya, bahkann lebih dekat daripada apa yang kita sangkakan.


ALLAH bersedia untuk mendengar, bersedia untuk memberi, bersedia untuk memakbulkan. Bila dan bagaimana? Terserahlah kepada keadilan dan ketentuan-Nya. ALLAH berpesan kepada Baginda SAW: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul". (Surah al-Baqarah: 186)



Dalam ayat lain, ALLAH menyatakan: "Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya". (Surah Qaf: 16)



Justeru, berhubung dan berdoalah secara langsung kepada ALLAH. Selagi mana kita bergelar hamba, selama itulah kita mempunyai hak untuk berdoa. ALLAH tidak pernah mendiskriminasikan hamba-Nya mengikut bangsa, warna kulit, pangkat, jawatan dan harta. Hanya nilai takwa yang membezakan antara manusia.



Perantaraan dalam doa



Namun begitu, Islam tetap membenarkan kita untuk mewujudkan perantaraan dalam berdoa. Hal ini disebut sebagai tawasul. Tawassul berasal daripada bahasa Arab wasilah, tawassala-yatawassalu-tawassulan. Tawassul dalam berdoa bermaksud kita menjadikan sesuatu sebagai perantara dalam doa.



Apakah perkara yang boleh kita tawasul? Ada tawassul yang dibenarkan dan ada tawassul yang diharamkan, bahkan boleh jatuh kepada kesyirikan.



Tawassul dibenarkan



Pertama: Tawassul dengan nama ALLAH. Hal ini berdasarkan firman ALLAH yang bermaksud: "Dan ALLAH mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu". (Surah al-A’raf: 180)



Tawassul dengan nama ALLAH itu contohnya kita berdoa: "Ya Ghaffar, ighfirli" (Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunilah daku). "Ya Rahman Ya Rahim, irhamni" (Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Maha Pengasih, kasihanilah daku".



Tawassul dengan nama-nama ALLAH bermaksud kita memilih dan menyebut nama-nama ALLAH yang sesuai dengan hajat dan permintaan kita. Dengan ketinggian dan kemuliaan nama-nama tersebut kita mohon semoga ALLAH perkenankan hajat kita.



Kedua: Tawassul dengan amalan soleh sendiri. Kita dibolehkan untuk menyebut amal soleh yang pernah kita lakukan kemudian diikuti dengan berdoa hajat kita. Diharapkan dengan keikhlasan dan keberkatan amal soleh tersebut dapat dimakbulkan hajat kita.



Hal ini berdasarkan kisah di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari berkenaan tiga lelaki yang terperangkap dalam gua. Ada batu besar yang menutupi pintu gua tersebut. Lalu, seorang berdoa dengan mengatakan dia telah taat kepada ibu bapanya, seorang lagi mengatakan dia hampir berzina tetapi dia tinggalkan zina kerana takutkan azab ALLAH, orang yang ketiga pula berdoa dengan menyebut dia orang yang amanah, memegang amanah yang diberikan kepadanya dan mengembalikan kepada pemiliknya.



Maka dengan amalan soleh itu mereka berdoa kepada ALLAH agar dibukakan pintu gua tersebut.



Ketika orang pertama berdoa, batu yang menutupi gua itu terbuka sedikit, sehinggalah cukup doa ketiga-tiga mereka, barulah batu itu berbuka sehingga mereka dapat keluar daripadanya. (Rujuk riwayat al-Bukhari, no 2272)



Ketiga: Tawassul dengan orang soleh yang masih hidup. Kita boleh berjumpa dengan orang soleh yang akidah dan amal ibadatnya bertepatan dengan al-Quran dan sunnah bagi meminta tolong didoakan kepada kita. Diharapkan dengan kesolehan beliau akan menjadikan doa kepada kita tersebut dimakbulkan.



Tawassul dengan orang soleh ini dibenarkan dengan syarat orang tersebut masih lagi hidup. Jika seorang yang soleh meninggal dunia, kita tidak dibenarkan untuk bertawasul dengan beliau lagi.Sahabat sering meminta agar Rasulullah SAW berdoa kepada mereka.



Namun, setelah kewafatan Baginda SAW, sahabat tidak pun pergi ke kubur Rasulullah SAW dan minta untuk didoakan. Contohnya Umar Al-Khatthab  pergi bertemu dengan Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi dan Umar berkata: "Dulu ketika Nabi masih hidup, kami bertawassul dengan Nabi SAW. Sekarang apabila Nabi telah tiada, orang yang paling mulia dalam kalangan kami adalah kamu, wahai Abbas. Maka berdoalah kamu untuk kami". (Rujuk riwayat al-Bukhari, no 3710)



Peristiwa ini terjadi ketika Madinah di landa kemarau panjang. Umar meminta Abbas berdoa dan beliau pun berdoa. Tidak lama setelah itu, ALLAH pun menurunkan hujan kepada mereka.



Doa yang dilarang



Tawassul yang dilarang adalah seperti meminta daripada berhala, pokok, binatang, memuja makhluk, keterlaluan dalam meminta kepada makhluk sehingga lupa kepada ALLAH, meminta kepada makhluk dan percaya bahawa makhluk tersebut mengabulkan permintaannya, dan tidak meminta kepada ALLAH.


Begitu juga bertawassul dengan orang yang telah mati. Diharamkan untuk kita menjadikan orang yang telah mati sebagai perantaraan dalam doa kita, walaupun semasa hidup dia seorang yang soleh. Bahkan kepada Rasulullah SAW sendiri.


Jika dibolehkan sudah pasti Umar al-Khattab tidak berjumpa dengan Abbas untuk minta didoakan. Umar akan terus ke kubur Baginda Rasulullah SAW untuk minta didoakan. Rasulullah SAW lebih lagi mulia dan soleh.



Justeru, kata-kata dan tindakan Umar ini menunjukkan tidak disyariatkan untuk bertawassul dengan orang yang sudah mati sama ada dengan menyebut "Madad Ya Rasulallah", "Madad Ya Ali", ‘Madad Ya Husain" dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh golongan Syiah.



Namun, pelik dan hairan ada segolongan manusia yang bertopengkan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah, berjubah dan berserban, bermati-matian ingin mempertahankan boleh untuk bertawassul dengan orang yang sudah mati.



Sebab itu golongan ini ada yang mengunjungi kubur tok guru dan syekh-syekh mereka untuk minta didoakan. Ada yang mengalunkannya dalam nyanyian dan qasidah.



 Semoga ALLAH selamatkan kita daripada hasutan dan ajaran menyeleweng ini sama ada yang berasal dari negara ini atau yang dibawa dari  luar negara. Berdoalah terus kepada ALLAH kerana ruang itu tidak pernah disekat. Sesiapa sahaja dan di mana pun kita berada.



Berdoalah dengan penuh keikhlasan, ketulusan dan kejelasan tauhid kepada-Nya. Jangan sampai ada unsur syirik yang tidak kita sedari. Yakinlah ALLAH tidak pernah mungkiri janji. Setiap permintaan akan diberi. Sabar dan terus menanti walaupun sampai akhirat nanti.

Sumber : SInar Harian


Selanjutnya

Sunday 30 November 2014

Roller Coaster Unik Dan Tidak Memerlukan Keberanian Untuk Menaikinya

Roller Coaster Unik Dan Tidak Memerlukan Keberanian Untuk Menaikinya | Bila sebut roller coaster pasti di fikiran kita terbayang kereta yang bergerak laju dan berputar di landasan yang tinggi sambil turun menjunam. 

Tapi Tiger and Turtle Roller Coaster di Jerman ini sangat berbeza sekali. Anda hanya perlu berjalan kaki dan naik tangga untuk merasai pengalamannya. 

Ini buktinya.




Sumber : kuriositas

Selanjutnya

10 Negara Paling Mahal Untuk Beli Kereta. Adakah Malaysia Tersenarai?

10 Negara Paling Mahal Untuk Beli Kereta. Adakah Malaysia Tersenarai? | Jalopnik, sebuah laman web popular telah menyenaraikan 10 Tempat Paling Mahal Untuk Beli Kereta di dunia dengan membandingkan harga kereta Toyota Prius dan Scion FR-S (Toyota 86 @ Subaru BRZ) di Amerika Syarikat dengan 10 negara lain di seluruh dunia.

Ia dinilai berdasarkan pendapat-pendapat dari rakyat dan foreigner di negara-negara tersebut. Dari senarai tersebut, agak mengejutkan kerana tempat pertama hingga ketiga diterajui negara-negara Asia Tenggara. Harga yang perlu dibayar untuk memiliki salah satu jenis kereta di bawah ini oleh rakyat negara-negara tersebut adalah 3 hingga 5 kali ganda berbanding harga di Amerika Syarikat.

Toyota Prius dan Scion FR-S






Berikut adalah 10 negara paling mahal untuk beli kereta : 

10 . CUBA

  9. NORTH KOREA 
  
  8. ST KITTS AND NEVI

  7. UNITED KINGDOM

  6. BRAZIL 

  5. CHINA

  4. NICARAGUA

  3. INDONESIA 

  2. MALAYSIA 

  1. SINGAPURA 


Malaysia berada di tempat kedua dalam senarai 10 Tempat Paling Mahal Untuk Beli Kereta mengikut laman web Jalopnik .

APA KATA ANDA ?

Sumber : Jalopnik 
Selanjutnya

5 Buaian Paling Mendebarkan Sekitar Dunia

5 Buaian Paling Mendebarkan Sekitar Dunia | Setiap buaian berayun ke atas dan ke bawah . Dan buaian merupakan satu permainan yang menarik bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa. Namun , berikut merupakan  buaian yang lebih unik yang terdapat di sekitar dunia .

    Ayunan Pemandangan Gunung Berapi


    Buaian Lubang Api


   Colorado Cliff


    Brazil


Selanjutnya

10 Tanda Anak Anda Seorang Yang Bijak

10 Tanda Anak Anda Seorang Yang Bijak | Siapa tak nak anak dia bijak kan? Semua ibu bapa sebolehnya mahu anak mereka berjaya dalam pelajaran dan dalam hidup. Kali ini kami ingin bawakan 10 tanda-tanda yang boleh anda cek jika anak anda adalah bijak. Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius. Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang yang genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.


10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak

1. Mengekalkan maklumat 

Jika kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain. 

Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas

Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah seterusnya. 

3. Membaca dan menulis di awal usia

Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik

Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat. 

5. Menunjukkan konsentrasi

Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu. 

6. Mempunyai ingatan yang baik

Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia

Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa. Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan? 

8. Memberi perhatian yang terperinci

Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya. 

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya

Kanak-kanak di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya. 

10. Memahami konsep yang rumit 

Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak. Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

Sumber : The Vocket 
Selanjutnya

5 Sebab Utama Kenapa Lelaki Ketagih Main Clash of Clans

5 Sebab Utama Kenapa Lelaki Ketagih Main Clash of Clans | Permainan Clash of Clans atau dikenali sebagai COC telah menjadi ikutan sejak belakangan ini . Dalam permainan ini , mereka perlu membina base camp yang hebat. Askar dilatih utk "raid village "orang lain sama ada utk mendapatkan duit(elixir and gold) atau trophy.


Berikut adalah sebab-sebab utama lelaki ketagih main COC :-   

1) Tidak terlalu kompleks - Game ini sekadar membina empayar. Kita perlu bina pasukan perang, upgrade kekuatan askar dan defense tower mengikut level town hall kita.

2) Online - Ditawarkan secara percuma , Dapat berinteraksi dgn orang luar di setiap negara.

3) Clan War - Selepas declare war , preparation day iaitu 1 hari diberikan utk melatih askar , spell dan edit base war . Masa inilah setiap ahli dalam clan memainkan peranan masing2 utk donate askar dan sebagainya,

4) Mencabar - Setiap kali nak pegi raid atau attack village org , memerlukan daya fikiran yg kreatif utk mendapat 3 bintang. 1 bintang utk town hall hancur , 1 bintang utk 50% hancur dan 1 bintang utk 100% hancur

5) Mengumpul Loot - Perlu rajin attack atau raid loot untuk upgrade building seperti town hall .

APA KATA ANDA ?
                                         
Selanjutnya